Sunday, November 12, 2017

Kesan gula ke atas tingkah laku

Gula....
Ramai yang suka. Rasanya manis. Kalau aiskrim, kek dan air tak dicampur gula, tak berapa sedap.

Memang fungsi gula, memberi rasa sedap pada makanan kita.
Tapi, terlalu banyak ambil gula pun tak bagus. Untuk kesihatan, saya rasa ramai yang tahu kesan terlebih gula ni. Tapi, kaitan gula dengan tingkah laku, tak ramai yang sedar.

Senang cakap, gula ni sejenis energy booster. Memberi tenaga yang badan kita perlukan.

"bagus la macam tu"
Haa... ni yang masalah dia. Kalau ambil setakat yang diperlukan, betul la bagus. Terlebih ambil, kita akan jadi terlalu aktif dan susah nak kawal. Bagi orang dewasa, mungkin kita boleh keluarkan tenaga tu untuk buat kerja yang menimbun. Tapi bagi kanak-kanak, maunya dia melompat tinggi. Haru jadinya.

Setakat yang saya perhati (semasa bekerja di sekolah dan taska), bila kita kurangkan gula dalam makanan pelajar, tenaga aktif mereka terkawal. Tapi, bila mereka ni minum air gas atau jajan, dengan cikgu sekali kena melantun. Tak terkawal energy anak-anak ni. Nak marah, tak boleh. Sebab kita yang benarkan ambil banyak air manis. 

Thursday, July 27, 2017

Stevia: lebih manis, lebih sihat


Artikel sebelum ini, saya bercerita berkenaan manis tanpa gula.

Antara pemanis yang boleh diguna ialah stevia. Stevia, ia lebih manis dari gula dan lebih sihat.

Thursday, October 6, 2016

Manis tanpa gula

Bila sebut manis, ramai terfikir gula. Dalam hidup kita gula pasir memang tak dapat lari. Boleh kata kena ada. Dalam kek, air minuman, makanan, ais krim, jajan.

Manis, sedap, tapi ada risiko dia sendiri (klik SINI)

Tapi, boleh tak kita buang gula yang kita selalu ambil?

Selain madu, ekstrak Stevia mula menjadi pilihan sebagai pemanis asli.
Bagi yang terbiasa dengan gula biasa, akan rasa lain sikit manis stevia ni.

 Produk stevia ada datang dalam pelbagai bentuk; daun, serbuk dan stevia drop. Setakat ni, yang berbentuk drop menjadi perhatian.


Boleh guna untuk masakan dan minuman, Nak buat kek pun tak ada masalah. Since ada pilihan dalam bentuk serbuk, pengguna ada pilihan nak guna yang mana. Bagi saya, bentuk drop agak handy sebab boleh bawa ke mana mana.


Bagi yang nak try dan nak maklumat lanjut berkenaan Stevia Drop, boleh saja hubungi
012 6899281
atau
Zuriani's Collection