Monday, May 3, 2010

Gaya kepimpinan

Gaya kepemimpinan merujuk kepada tingkahlaku ketua/pemimpin tersebut. Ini terhasil daripada falsafah, keperibadian dan pengalaman pemimpin tersebut.

3 gaya kepimpinan utama adalah seperti berikut:
a) Autokratik
b) Keterlibatan
c) Laissez-Faire

Pemimpin autokratik
Di bawah ketua autokratik, semua keputusan dibuat oleh ketua. Ketua jenis ini tidak akan mengambil cadangan anak buahnya. Pengurusan autokratik menjadi berjaya kerana menjadi pendorong semangat kepada pengurus. Jenis ini membenarkan keputusan dibuat dengan cepat,kerana seorang sahaja membuat keputusan.
Pemimpin ini selalunya dipanggil kuku besi.

Pemimpin Keterlibatan
Kepimpinan jenis ini sukakan keputusan dibuat bersama, dengan cara ketuan memberi cara dan kaedah pemutusan kepada anak buahnya.
Keputusan ketua gaya ini tidak seeri autokratik kerana ketua ini berunding dengan ahli kumpulannya dan menyertai mereka.
Ketua gaya ini juga dipanggil demokratif.

Pemimpin Laissez-Faire
Frasa Laissez-Faire dari bahasa Perancis ini bermakna “jom buat” , tetapi dalam teori kepimpinan ia didefiniskan sebagai “lepas tangan”.
Ketua lepas tangan tidak memimpin tetapi membiarkan ahli kumpulannya melaksanakan tugasan; ketua gaya ini memberi kebebasan maksima dengan syarat objektif organisasi tercapai.
Keadaan organisasi yang pelbagai memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza. Dalam keadaan terdesak dengan masa yang suntuk maka gaya autokratik lebih berkesan;namun dalam keadaan ‘selamat’ dengan hampir semua ahli organisasi mempunyai pengalaman, gaya demokrasi dan laissez-faire lebih berkesan.

Ketua yang baik akan menggunakan ketiga tiga gaya,mengikut keadaan,pengikut dan pemimpin. Contohnya;
 Gaya autokratik apabila pekerja baru mempelajari kemahiran baru.
 Gaya demokratif apabila ahli tahu tugas masing masing.
 Gaya bebas apabila ahli lebih pakar mengenai tugas yang diperuntukkan.

Tekanan yang mempengaruhi gaya pimpinan termasuklah:
 Berapa banyak masa yang ada?
 Kaitan antara kepercayaan dan rasa hormat.
 Siapa yang mempunyao banyak maklumat-ketua atau pengikut, atau kedua-duanya?
 Latihan yang pemimpin dan pengilut terima untuk menjalankan tugas tersebut.
 Konflik dalaman.
 Tahap tekanan.
 Jenis tugasan-berstruktur atau tidak? Senang atau susah?
 Undang undang dan peraturan seperti pelan dan protokol.

No comments:

Post a Comment