Tuesday, May 4, 2010

Kualiti pemimpin

-->
Kualiti pemimpin
Ketua menjadi satu jawatan yang penting dalam satu-satu organisasi. Kepimpinan berbeza dengan tambahan sedikit dari satu-satu jawatan i.e boleh jadi sedikit berbeza dengan pengurus dan beza antara satu pertubuhan dengan satu pertubuhan lain. Namun, asasnya masih sama.

1. Kemahiran konunikasi yang baik
Komunikasi adalah kunci menjadi ketua yang baik.

2. Kejujuran
Ketua yang baik mesti jujur dengan anak buah dan rakan rakan sejawat.Satu lagi ciri perlu ada ialah integriti. Sekali seorang ketua berkompromi dengan integriti dan kejujuran,hilang nilai kepimpinannya.

3. Berwawasan
Kualiti pemimpin berbeza dalam kedudukan yang berbeza. Ketuaperlu meneroka idea untuk mengukuhkan organisasi sekarang dan membawanya ke satu tahap yang lebih baik.

4. Tindakan lebih berkesan berbanding ucapan
Ketua perlu tahu keperluan kumpulan walau tidak diberitahu secara langsung. Bagi anak buah pula, mereka lebih ingat dan melihat apa yang seorang ketua buat berbanding apa yang ketua mereka ucap.

5. Keupayaan memberi semangat kepada orang keliling
Ketua yang baik akan memberi semangat kepada pengikutnya untuk menjalankan kerja dengan baik dan mengekalkan suasana yang sihat.Beliau perlu meletakkan keselamatan anak buahnya.

6. Konsisten
Keberkesanan kepimpinan adalah mustahil tanpa ketua yang konsisten.Setiap ketua mempunyai cara yang sesuai untuk mereka. Jangan bertukar terlalu kerap.

7. Keupayaan menerima saran dan kritik
Dengan kadar kejayaan yang meningkat, kritikan dan saranan bertambah. Terima dengan hati yang tenang dan terbuka.Dengan cara ini seorang ketua dapat membaiki kelemahan diri dan organisasi.

No comments:

Post a Comment