Monday, May 3, 2010

Teori Kepimpinan


Kepimpinan dinyatakan sebagai ’proses pengaruh sosial di mana seseorang memperoleh bantuan dan sokongan dari orang lain dalam melaksanakan sesuatu tugasan’.  Alan Keith of Genentech menyatakan ‘kepimpinan adalah mencipta arah untuk orang menyumbang kepada sesuatu untuk melaksanakan akiviti’.

Kepimpinan menjadi aspek penting dalam satu organisasi. Menurut Ann Marie E McSwain, profesor Universiti Lincoln, ‘kepimpinan berkait dengan kapasiti; kapasiti pemimpin untuk mendengar dan memerhati, menggunakan kepakaran sebagai titik mula untuk menggerakkan semua tahap pembuat pilihan dan menyusun proses  membuat pilihan. Kepimpinan berkait dengan mengukuhkan, bertindak ke atas agenda, mengenal masalah dan mulakan perubahan yang menghasilkan penambahbaikan berbanding menguruskan perubahan.

Teori teori kepimpinan
Sebagai tindakbalas kepada kritik kepada cara pembawaan, pakar mula menyelidik kepimpinan sebagai satu set tingkah laku, nilai pemimpin berjaya,menentukan ciri ciri pemimpin dan mengenali pelbagai gaya kepimpinan. David McClelland contohnya menyatakan kepimpinan mengambil personaliti yang kuat dengan ego yang terbangun baik. Untuk memimpin,keyakinan yang tinggi amat berguna, dan mungkin penting.
Model Fiedler meletakkan keberkesanan yang dipanggil keadaan yang tidak terduga.Teori ini menjelaskan 2 jenis pemimpin: 1- yang cenderung menyelesaikan tugasan dengan berhubung baik dengan anak buah (relation-oriented) 2-yang menjalankan tugasan itu sendiri (task-oriented). Kedua dua jenis pemimpin ini boleh jadi berkesan bergantung kepada keadaan.

Teori laluan-sasaran yang dibangunkan oleh Robert House (1971) berdasarkan teori anggaran oleh Victor Vroom. Teori ini mengelaskan 4 tingkahlaku pemimpin
1.      berorientasi kejayaan
2.      mengarah
3.      menyertai
4.      menyokong ,
yang menyokong faktor karakter suasana dan persekitaran. Berbeza dengan teori Fiedler, model ini menyatakan tingkahlaku pemimpin boleh berubah, di mana pemimpn boleh mengambil mana mana gaya bergantung kepada keadaan.

Model pemimpin keadaan yang disarankan Hersey dan Blanchard pula mencadangkan 4 gaya pemimpin dan 4 fasa pembangunan-pengikut. Dalam model ini,tingkahlaku pemimpin berfungsi tidak hanya ‘membentuk’ pemimpin tetapi mempengaruhi pengikut.
Teori pemimpin berfungsi (Hackman & Walton,1986) berguna terutama sekali untuk menghasilkan tingkahlaku pemimpin yang khusus untuk menyumbang kepada keberkesanan organisasi. Teori ini menegaskan peminpin harus melasanakan tugas dengan baik bila mereka menyumbang kepada keberkesanan dan kesepaduan kumpulan. Tugas pemimpin ini termasuklah: 1- mengawal suasana 2-mengawal aktiviti anak buah 3- melatih anak buah 4-menaikkan semangat anak buah 5-aktif campurtangan dalam kerja kumpulan.
Ketua tanggapan (Burns,1978) ialah kuasa untuk menyelenggarakan tugas dan pujian atau denda kepada pencapaian ahli kumpulan. Kuasa diberikan kepada ketua untuk menilai dan melatih anak buah apabila produktiviti tidak seperti yang diharapkan. Ini memberi kelebihan kepada pengurus untuk menyelia kumpulan.
Pemimpin perubahan (Burns,1978) pula memotivasikan ahli kumpulan untuk menjadi berkesan dan cekap. Komunikasi menjadi asas untuk mencapai objektif. Pemimpin perubahan selalu  mencari idea yang mengerakkan organisasi untuk mencapai sasaran pertubuhan.

No comments:

Post a Comment