Tuesday, June 29, 2010

Disiplin diri

Disiplin diri merujuk kepada latihan yang seseorang beri untuk melaksanakan sesuatu tugasan atau mengikiut satu pola tindakan walaupun asalnya seseorang itubersikap berlainan. Disiplin diri juga menunjukkan semangat dan kesanggupan melakukan sesuatu, yang kerap juga difahami sebagai kawalan diri.  
Disiplin diri melibatkan tindakan mengikut apa yang kita fikir dan bagaimanana kita rasa pada ketika itu. Kerap ia melibatkan pengorbanan dan getaran rasa apa aka jadi dalam hidup kita.
Berikut adalah apa yang saya jumpa 5 ciri disiplin diri:

1. Pengetahuan

Disiplin bermakna melakukan sesuatu mengikut apa yang anda fikir terbaik,walau apa anda rasa pada masa itu. Syarat di sini adalah pengetahuan yang berkenaan .

2. Kesedaran

Disiplin bergantung kepada kesedaran mengenai sesuatu yang anda lakukan dan tidak lakukan. Fikirkan hal ini. Jika anda tidak sedar anda tidak berdisiplin, bagaimana anda mahu lakukan sebaliknya?

3. Komitmen


4. keteguhan hati


5. kawalan dalaman


 

Kepentingan kawalan diri
Disiplin amat diperlukan untuk memastikan segala peraturan yang dibuat itu dipenuhi. Bagaimanapun ia tidak akan berkesan jka langkah mendisiplinkan diri ini dipaksa oleh orang lain.
Sebenarnya kesedaran tentang disiplin ini dating dari dalam diri atau dikenali sebagai  disiplin kendiri(self-disciplined)
“Self-discipline means self control. It is getting yourself to do what you really want to do, rather than being tossed around by your feeling like a leaf  in the wind. You don’t lose control of yourself when you feel hurtor angry but decide how you are going to do. With self-discipline,you take charge of yourself.”
Dalam petikan di atas disiplin diri merupakan kawalan kendiri. Kawalan kendiri boleh diamalkan dalam bentuk luaran dan dalaman.
Kawalan dalaman:
§          Mengawal emosi
§          Membuat keputusan yang bijak tanpa mengikut perasaan
§          Tidak riak,sombong atau terhina semasa berada dengan rakan rakan.
Kawalan luaran
o         Tidak menyakiti orang lain
o         Tidak menggunakan kekerasan
o         Mengawal pergerakan daripada melakukan sesuatu yang sumbang
Setiap tindakan yang hendak dilakukan  memerlukan disiplin diri yang kental. Ia melibatkan kawalan diri yang mewujudkan tabiat yang berkesan ke arah peningkatan dan penyuburandiri serta bersifat proaktif dalam menjalankan tugas walaupun tanpa seseorang berada di situ untu memberi arahan.
Dalam erti kata lain seseorang perlulah
·          Menggunakan kebijaksanaan minda
·          Perseimbangkan dari aspek emosi dalam melaksanakan sesuatu
Ada yang menganggap bahwa disiplin  itu adalah satu tindakan yang dilakukn hasil daripada satu arahan dan peraturan yang dikenakan. Namun begitu, peraturan dan arahan adalah panduan sahaja. Ia berfungsi sebagai ingatan kea rah penyelarasan dan keseragaman tindakan yang akan dilakukan.
Menurut pakar psikologi, mereka yang berdisiplin tinggi juga sebenarnya mampu meningkatkan kemampuan menjadi kreatif. Jika kita mempunyai disipin yang tinggi,kita akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa mencabar minda untuk berfikir dengan pantas. Malah,mereka yang berdisiplin tinggi juga akan menjadi seorang yang fokus kepada tugasan dan tanggungjawab.
Bagi mencapai tahap disiplin yang tinggi,satu perkara penting yang perlu ada pada pemikiran seseorang ialah kekuatan dalaman diri terutamanya untuk melawan segala macam dugaan yang datang.Berhadapan dengan dugaan,mereka yang berdisiplin tinggi selalu mengingatkan diri betapa mereka sudah berjanji dan membuat kimitmen kepada diri sendiri untuk berjaya. Dengan erti kata lain, kita perlu bertegas dengan diri kita dan jangan beri muka kepada perkara perkara remeh yang akan boleh menggagalkan kita.
Menjadi seorang yang berdisiplin juga tidak bermakna kita perlu mengkuti secara rigid jadual yang telah anda tetapkan. Malah,kita sebenarnya tidak memerlukan jadual apa yang perlu dilakukan untuk menjadi berdisiplin. Yang penting, kita mencapai apa yang perlu anda lakukan.
Ada yang bimbang,seseorang yang terlalu berdisiplin tidak mempunyai masa untuk berehat dan tidak menjadi diri yang sebenar.Sebenarnya yang berlaku adalah sebaliknya.Menjadi seorang yang berdisiplin akan menjadikan kita seorang yang boleh mengurus masa dengan bijak.



Sumber: Dr Ismail Zain, Utusan
Wikipedia =disiplin diri
Sumber internet

No comments:

Post a Comment