Saturday, June 5, 2010

motivasi

Istilah motivasi datang dari perkataan latin movere yang bermakna bergerak. Dengan itu motivasi bermakna mendorong,menggerakkan tingkah laku. Ada juga yang menyatakan perkataan motivasi atau motivation datang dari motive for an action (motif untuk bertindak).
Bercakap mengenai motivasi,pakar psikologi mengkaji dari 3 sudut berbeza.
1.pakar psikologi ingin tahu sejauh mana seseorang itu sanggup melakukan sesuatu.Aspek ini dipanggil intensiti @ keamatan.

2.Apakah yang menjadi matlamat seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya.
3.selama manakah seseorang itu akan terus melakukan kerjanya.
Semua teori motivasi mempunyai objektif yang sama,iaitu menerangkan kenapa manusia bertindak.
Asasnya,tiap tiap teori mendakwa ganjaran amat berperngaruh dalam tingkahlaku manusia.Teori motivasi cuba mengenalpasti ganjaran yang mendorong kita bertindak. Terdapat 2 jenis ganjaran yang dibincang iaitu :
ganjaran primer
ganjaran asas seperti tempat tinggal,makanan
ganjaran sekunder
ganjaran tambahan seperti kasih sayang,pujian.


Bagaimana motivasi hilang?
Sebab paling kerap yang menyebabakan kita hlang motivasi diri contohnya;
  • Perubahan yang mendadak
  • Pengalaman buruk seperti dibuli
 Faktor  spesifik yang mungkin:
  • Ketinggalan dalam kerja atau pelajaran getting behind on a program of study
  • Berasa ketinggalan
  • Pelajaran atau kerja yang dirasakan sudah tidak sesuai dengan sasaran jangka pendek atau panjang
  • Pengetahuan,kepercayaan atau minat tidak berkaian dengan kerja yang dibuat sekarang




Meningkatkan motivasi diri
1.Berikan diri anda masa
a) manfaatkan masa rehat/cuti
bila tiba masa rehat, rehatlah.tutup @tinggal sebentar kerja yang ada. Ketika bercuti pula,jangan bawa kerja dalam tempoh percutian anda.

b)masa tidur yang cukup
Apabila anda tahu anda perlu bangun awal pada keesokannya,maka tidurlah awal.

c) masa untuk ketawa

d) masa untuk meditasi atau solat
singkat,tapi perlu.Ia merehatkan minda dan mendekatkan kita dengan Yang Mencipta. Lakkannya dengan bersungguh sungguh kerana kesannya amat besar dalam hidup kita.

e) masa bersama kelarga

2.Rancang jadual kerja
Letakkan keutamaan pada kerja yang ada,tarikh mula dan tarikh akhir.Gnakan senarai semak (checklist) atau kaedah lain seperti carta dsb.

3.Mahirkan diri anda
Motivasi meningkat bila kita mendapat kemahiran dan maklumat baru yang berkenaan.

4.nutrisi  dan diet
Makan ikut keperluan anda.Jangan maka ikut nafsu anda atau tidak makan langsung.

5.Jangan terlalu mahukan kesempurnaan.
Kesempurnaan itu memenatkan.90% sasaran anda tercapai sebenarnya sudah memadai. Sebelum meletakkan satu satu sasaran, fikir dahulu sama ada anda mampu capai atau tidak sasaran itu.

6.usah fokus kepada sesuatu yang tidak dapat diubah.

Sumber: Dr Tengku Asmadi Tengu Mohamad,Rapi,sept 2007
             Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,Bakat dan Kemahiran Memimpin,PTS Publication and distributor,2002

No comments:

Post a Comment