Sunday, October 9, 2011

bukan sekadar ilmu

Bukan sekadar ilmu
Proses kehidupan manusia, melalui proses belajar; sejak dalam kandungan ibu kita sebenarnya. Ketika kita belajar, bukan hanya ilmu itu kita dapat. Ilmu itu yang akan mempengaruhi tingkah laku kita.

Ambil motivasi dari bayi, bila ia belajar berjalan. Dari merangkak, bertatih sehingga berlari. Dalam proses ini, banyak kali jatuh dan bangun kembali tapi baginya, tidak boleh putus asa. Tetapi, apabila dewasa kita lupa naikkan semangat belajar etika bayi untuk tidak patah semangat. Sekali jatuh, jarang benar kita mahu bangun kembali.

Bagi saya, kita bertindakmengikut ilmu dan maklumat yang kita dapat. Contonhya jika kita tahu satu satu tempat itu bahaya, kita cuba elakkan tempat itu. Juga dalam pekerjaan kita, bila kita terpaksa lakukan sesuatu diluar kepakaran kita, semangat itu kurang.

Saya terperasan, orang yang berpengetahuan lebih, kadang kadang cerewet dalam kerja. Seperti kawan saya pernah cakap; “ bila kita tahu sikit, kita buat sikit. Tapi sekarang kita tau banya, banyak salah kita nampak.” Mungkin betul…

 Kawan,

Jangan berhenti untuk belajar benda baru. Kita akan tua jika tidak belajar. Belajar adalah satu proses bertesudan untuk hidup.




No comments:

Post a Comment