Tuesday, March 20, 2012

Jangan…


Banyak larangan yang kita dengar sejak kecil. Betul tidak?

Jangan pegang cawan tu, nanti pecah…
Jangan pergi dapur, bahaya…

Waktu menginjak dewasa, juga sama. Ada saja ungkapan ‘jangan’. Terperasan, kanak –kanak zaman dahulu, sekali mendengar ungkapan ‘jangan…’ arahan itu menjadi sumpahan, ikut sahaja arahan itu. Berbanding sekarang, sekali terkeluar larangan seperti itu, pasti disoal ‘kenapa..?’

Bagi mentor, pendidik atau ketua yang mendapat anak buah yang suka menyoal, banyak banyakkanlah bersabar. Ada baik dan buruk ungkapan ‘jangan’ ini. Keinginan mereka untuk mengetahui sebab di sebalik larangan ini, kadang kadang ada baiknya.

Saya sendiri ada waktunya, susah mahu menerangkan sebab satu-satu larangan itu dikeluarkan tetapi,  pasti ada sebab untuk diterangkan. Anak buah sekarang, jika kita halang mereka untuk mengetahui sesuatu perkara, tidak mustahil mereka memilih untuk menyelidik. Paling haru, jika jalan menyelidik yang mereka pilih itu menambah masalah.

Contoh paling senang, bila kita ucap ‘jangan panjat tembok, bahaya’, itulah yang mereka lakukan kerana gerak hati ingin tahu apa bahaya yang dimaksudkan.

Secara peribadi, kadang kadang saya kurang setuju dengan larangan yang terlalu keras tanpa alasan yang munasabah. Sebab banyak kes bila anak anak kecil yang mengikut sahaja larangan tanpa bantahan agak kurang berdikari. Mereka langsung tidak diberitahu dengan jelas kenapa tidak boleh buat sesuatu perkara. Orang kategori ini, umumnya dilihat baik dan mendengar kata tetapi bila diminta berfikir sendiri, mereka lemah. 

No comments:

Post a Comment