Sunday, September 29, 2013

Sihat tanpa berbelanja lebih


Sekarang sudah jadi tren, ambil makanan tambahan untuk berdiet dan hidup sihat. Tapi ramai yang lupa, sebelum ambil suplemen, jaga dulu apa yang kita makan dan minum. Cuba periksa, kita ada tak ikut panduan ni, sebelum mencari suplemen diet;


Perkara larangan keras:
1.       Rokok
2.       Minuman beralkohol
3.       Bertukar pasangan tidur
4.       Ubat-ubatan terlarang (dadah)
5.       Makanan kotor, terdedah, tamat tempoh


Perkara perlu kurangkan:
1.       Makanan proses (mi segera, jajan,makanan dalam tin dll..)
2.       Makanan segera
3.       Minuman manis
4.       Makan di depan tv
5.       Makan di meja kerja


Amalan lain

1.       Makan buah dahulu (appetizer) sebelum makanan berat. Kita selalu terbalik buat.
2.       Biasakan sayur sebagai lauk dan daging/ayam/ikan sebagai hidangan sampingan.
3.       Minum banyak air mineral atau air masak
4.       Lebih baik makan nasi 1-2 senduk bersama lauk + air masak berbanding energy bar + isotonic drink. Nampak banyak tapi lebih sihat.
5.       Makan kerap tak ada masalah, selagi kita jaga saiz hidangan.
6.       Banyakkan bergerak. Jangan tunggu saiz badan dah besar baru nak bersenam.
7.       Jika kerja kita tidak ada syif, jangan jadi ‘kelawar’. Waktu malam, waktu badan kita berehat.
8.       Setialah kepada pasangan. Bagus untuk hati dan otak, kerana tidak perlu simpan rasa bersalah. Bagus untuk badan kerana tiada akses penyakit berjangkit.

9.       Waktu kerja untuk kerja, waktu cuti untuk cuti.  

No comments:

Post a Comment