Thursday, September 10, 2015

Kumpul emas bar, hobi yang menguntungkan.

Beli barang kemas, memang kesukaan orang perempuan. Tapi, tak ramai yang hobinya kumpul emas bar.

Aku pulak, sejak awal tahun lepas, memang dah jadi hobi. Cuma tak konsisten beli. Ada duit, beli. Sekecil 1g, sebenarnya hobi ni menguntungkan. Kenapa aku cakap  menguntungkan?

a) Emas adalah aset.
    Beg, kasut, baju memangla keperluan. Tapi, kalau berhabis mahal mahal tapi tak pakai, dah jadi sampah.Sampai satu masa, fesyen bertukar, dah expired. So, hobi kumpul beg bukan idea yang bagus untuk aku.
Better beli emas bar. kalau tak pakai pun, kita takkan buang. Dan tak ada tarikh lupus.

b) Dana jangka panjang
     Jangka masa panjang, masing masing ada impian. Beli rumah, buat bisnes, pergi haji atau anak masuk kolej. untuk jangka masa panjang, emas adalah simpanan yang baik. Bagi aku, kalau simpan dalam bentuk tunai, ada kemungkinan terguna. Dah tunai, simpan di bank pun boleh keluarkan. Nampak baju cantik, beg terkini, makan besar.... Kalau emas, terkawal sikit benda yang tak wajib ni. Sure kita beli agak agak keperluan saja :)

c) Kecemasan
    Kes kecemasan ni, aku tak berapa suka. Tapi boleh diterima. Waktu waktu kecemasan, emas yang ada di tangan kita boleh jadikan tunai. Pajak, gadai atau jual. Emas diterima di pasaran. Jenama apa pun diterima, di semua tempat.


    

No comments:

Post a Comment