Wednesday, January 17, 2018

Makan dan sihat?

Engkau ni mesti tak fun. Makan pun berkawal, diet.

Ya, banyak orang rasa macam tu. Sebab kita dah terbiasa ambil makanan dengan cara salah. Berdiet pun dengan cara yang salah.

Saya masih diet, masih makan dan Alhamdulillah, sihat.
Sakit, pernah. Tapi kalau boleh nak kurangkan sakit.
Kenapa saya berdiet? siap nak ajak orang lain lagi...

Ni cerita dia.
Masa saya kecil(hingga sekolah rendah), saya alami Astma (semput/lelah). Macam-macam tak boleh buat. Kena pula, saya ni berbaka besar. Masuk sekolah menengah , ejekan tu biasa. Dengan lelah, nak bersenam tak dapat. So, nak kurus dengan senaman terhad la.

Masa tu.
Sampai satu tahap, ada seorang cikgu bagitau. Astma boleh kawal. boleh bersenam, kenal badan awak macam mana. Dari kosong, saya cari maklumat.
Makanlah, tapi elak yang badan tak boleh terima. Astma ni, boleh jadi sebab badan tak tahan. sebab allergi.
Bersenam, masih perlu. Tapi, ikut kemampuan badan. Bukan semua senaman sesuai. Cara mula pun penting.

Masuk Universiti, lagi la. dengan jumpa kawan-kawan yang berdiet gila. Alasan, sebab tak sempat, tak ada duit (pun boleh...) dan nak cantik.

Tapi, bila kita belajar, rupanya diet tak menyeksa pun. kena cara, masih sihat dan cantik. Fun, masih fun.

Jadi, sekarang, bercerita bab makan, memang saya masih detail. tapi, telan je makanan. Sebab saya tahu banyak mana saya perlu ambil, bila boleh ambil dan apa yang 'wajib' saya elak.


Paling penting, kenal jenis badan kita dan keperluan kita. Jangan pakai 'ikut dan' saja.

No comments:

Post a Comment